Panduan Pembelian Hosting


sumber ini i copy and paste dari:

http://smartusaha.com/panduanhosting/


Panduan Pembelian Hosting

Panduan ini adalah untuk membeli NAMA DOMAIN bersama dengan HOSTING di NetKL.com. Saya amat berpuas-hati dengan support yang mereka berikan, amat cepat dan memuaskan.

Untuk itu, saya amat menggalakkan anda membeli daripada mereka jika anda mahukan support yang memuaskan. Ikuti langkah mudah berikut untuk membeli domain + hosting di NetKL.com.

Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai modal sebanyak RM54.00 untuk membuat pembelian nama domain dan Hosting.

Sila ke laman web NetKL dahulu dan kemudian ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di laman web Panduan Pembelian ini:

Klik di sini untuk ke laman web NetKL.com

Langkah 1: Pilih Pakej Hosting

Setelah anda memasuki laman web NetKL.com, scroll browser web anda ke bawah sedikit dan perhatikan pada paparan seperti berikut:

Sebagai permulaan, saya galakkan anda membeli Hosting Pakej Basic dahulu. Ia sudah memadai untuk permulaan. Kos untuk Pakej Basic adalah sebanyak RM60.00 setahun dan anda akan diberikan satu domain name percuma untuk selama-lamanya selagi anda renew hosting setiap tahun.

Langkah 2: Menentukan Nama Domain

Klik pada menu SIGN UP pada paparan tersebut:

Anda akan dipaparkan dengan bahagian berikut:

Pilih I want NetKL Network to register a new domain for me:

Kemudian, masukkan nama domain yang anda mahu beli:

Sebagai contohnya, saya taip nama smartusaha dan kemudian saya pilih .com. Mengenai .com, anda digalakkan memilih .com untuk extension domain name. Untuk perkara ini, sila rujuk ebook Panduan Mudah FTP.

Sekarang, klik button Click to Continue:

Jika nama domain yang anda masukkan tadi sudah dimiliki oleh orang lain, maka anda perlu memasukkan semula nama domain yang lain. Berikut adalah contoh nama domain yang dipilih tidak boleh dibeli:

Ia menyatakan bahawa, nama domain yang dimasukkan sudah dimiliki oleh orang lain.

Teruskan dengan memasukkan nama domain lain sehingga paparan menyatakan nama domain itu boleh dibeli (Available):

Lakukan langkah yang berikut untuk meneruskan proses pembelian...

Tick pada bahagian Available! Order Now:

Kemudian klik button Click to Continue. Anda akan dibawa ke page seperti berikut:


Langkah 3:
Memilih Jenis Billing Cycle

Pada bahagian Billing Cycle, pilih RM60.00 MYR Annually (Free Domain):


Klik pada pilihan tersebut dan ini hasilnya:

Pada bahagian berikut, tak perlu lakukan apa-apa. Abaikan:

Kemudian klik Add to Cart:

Pada bahagian berikut pula, tick pada bahagian Whois Protection (FREE):

Kemudian klik Update Cart:



3.1 Jumlah Bayaran

Setelah melakukan beberapa langkah tadi, anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:

Jumlah bayaran sebelum ditolak diskaun adalah RM60.00.

Guna Kod Diskaun

Sebagai pembeli Pakej Kit Blogger, anda telah diberikan dengan satu bonus iaitu Kupon Diskaun NetKL. Jadi, berikut adalah cara penggunaannya.

Pada paparan jumlah bayaran di atas, masukkan kod diskaun pada bahagian Promotional Code:

Kemudian klik Validate Code. Hasilnya, anda akan mendapat potongan harga sebanyak RM6.00! Bermaksud, anda hanya perlu membayar sebanyak RM54.00 sahaja:

Baik, sekarang klik button Checkout:

Kemudian, isi borang pendaftaran:

Pada kedua-dua bahagian berikutnya, tidak perlu lakukan apa-apa:

Kemudian, pilih cara bayaran yang anda mahukan. Jika anda mahu bayar melalui bank, sila pilih Bank Transfer:

Saya yakin, tidak semua mempunyai kad kredit, kad debit atau akaun PayPal, tetapi ramai yang menggunakan Online Banking atau sekurang-kurang boleh membayar di bank atau mesin deposit.

NetKL mempunyai akaun di beberapa buah bank tempatan untuk menerima bayaran daripada anda, antaranya adalah seperti berikut:


Akhir sekali, tick pada bahagian I have read and agree to the Terms of Service. Kemudian klik button Complete Order:



Langkah 4: Pembayaran Kepada NetKL.com

Anda akan menerima emel daripada pihak NetKL secara automatik yang mengandungi invois iaitu jumlah bayaran yang perlu anda lakukan. Jika anda mengikut langkah dalam panduan ini, jumlah yang perlu anda bayar adalah RM54.00.

Jumlah Bayaran : RM54.00

Nota: Jumlah bayaran ini adalah untuk setahun. Bila sudah cukup setahun, anda perlu bayar jumlah yang sama lagi kepada pihak NetKL.

Sila rujuk emel yang bertajuk "Customer Invoice" yang dihantar oleh NetKL. Ia mengandungi maklumat akaun bank NetKL. Anda juga boleh merujuk di laman web NetKL untuk melihat cara pembayaran:

http://www.netkl.com/payment.html

Sila buat bayaran dengan menggunakan Bank Transfer sama ada secara Online atau membayar di kaunter bank atau melalui mesin deposit bank. Atau anda juga boleh menggunakan online payment PayPal.

Setelah membuat bayaran ke mana-mana akaun bank pihak NetKL, sila hantarkan satu emel kepada mereka dengan tajuk "bukti pembayaran untuk [nyatakan nama domain anda]" dan mengandungi maklumat bukti bayaran. Contohnya seperti berikut:

* Jika anda menggunakan Online banking, sila 'copy & paste' transaksi bayaran ke dalam emel bukti pembayaran tersebut.

* Jika anda membayar melalui kaunter bank atau mesin deposit, nyatakan masa dan tarikh pembayaran dilakukan bersama dengan jumlah bayaran.

* Jika anda membayar menggunakan PayPal, anda tidak perlu menghantar emel kepada mereka.



Langkah 5: SELESAI

Tahniah, proses pembelian nama domain dan juga Hosting telah selesai.

Sila tunggu sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam untuk mereka memproses pembelian anda. Biasanya tidak sampai satu jam akaun anda sudah siap diproses. Mereka akan menghantar emel kepada anda sebaik sahaja domain name dan Hosting yang anda order telah siap diproses.


Apa yang perlu anda buat selepas mendapat
Domain Name dan Hosting?

Sila ikut Langkah 4 di dalam Pelan Tindakan Kit Blogger.




http://smartusaha.com/panduanhosting/

0 comments: