DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA BAGI YANG MEMERLUKANNYA
Ini antara artikel menengenai ASB.
Melabur dalam ASB guna loan bank
sherrina dapat artikel ni dalam email:
mak sherrina kata dulu2 dia memang amik loan melabur ASB tapi masa tu dividen tinggi. memang berbaloi. la ni dividen tak secantik dulu.
Komen:
1. ASB MEMANG BAIK DAN MENDATANGKAN WANG.
2. ASB ADALAH UNTUK KITA BANGSA YANG MEMERLUKAN WANG
Quote:
Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ? > > Ini belum masuk lagi kadar BLR yg bank ada overnight polisi rate bagi > menaikkan bila perlu! > > something to share!!!! > > Sebagai seorang akauntasi dlm dprt, ini pandangan > saya...... kalo buleh bagi comment.....it makes sense...Cuba anda > fikir-fikirkan...... > > Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, > > Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri > jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. > Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya > sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini. > > Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan > tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. > Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat > keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB > dengan duit pinjaman bank). > > Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari > Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank > mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) > ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun. > > Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd > anda. > Contoh: > Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap > tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at > the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang > boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan > sebagainya. > > > Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman > ---------------------------------------------------- > > Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, > jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar > semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, > loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 > bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 > (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg > dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda > terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan > RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun. > > Untung atau rugi? > > Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan > selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM > 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 > tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai > pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah. > > Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain > membayar bulanan kpd loan > ------------------------------------------------------ > > Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% > setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun > adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk > 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = > RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000 > > Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda > perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos > pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj. > > Untung pada mata kasar ==> RM 64,64 > > Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan > anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, > anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan > RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai > pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, > oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda > kehilangan 'potential gain'. > > Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018 > Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000 > ---------------------------------------------------- > Kehilangan Keuntungan> RM 143,018 > > Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank ! > > Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM > 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna > mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang > anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. > Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana > ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, > mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka > ambil dari pelaburan anda. > > Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!. > > Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit > sendiri. > > Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap > email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini. > > Terima kasih. |
Komen:
1. ASB MEMANG BAIK DAN MENDATANGKAN WANG.
2. ASB ADALAH UNTUK KITA BANGSA YANG MEMERLUKAN WANG
0 comments:
Post a Comment