Sumber: wangcyber.com
3 Masalah Utama Sebagai Seorang Ahli Program Affiliate
Oleh Eruwan Gerry Norsen
Pemasaran Affiliate merupakan di antara cara paling efektif untuk menjana wang secara online. Program ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan keuntungan melalui internet. Memandangkan program-program pemasaran affiliate mudah untuk disertai dan memberikan imbuhan wang di atas usaha anda, maka semakin ramai orang yang mula menceburi model perniagaan internet ini.
Namun demikian, seperti bentuk model perniagaan internet yang lain, masih terdapat masalah di dalam menjalankan pemasaran affiliate. Sekiranya anda melakukan sebarang kesilapan ini, maka anda akan kehilangan sebahagian besar daripada keuntungan yang sepatutnya anda perolehi daripada program affiliate tersebut. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memiliki pengetahuan yang sewajarnya untuk mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini.
Kesilapan #1: Memilih program affiliate yang salah
Ramai orang yang ingin mendapatkan keuntungan daripada pemasaran affiliate mereka dengan cepat. Tanpa melakukan sebarang penyelidikan, mereka terus menyertai sebarang program affiliate yang mereka jumpa. Mereka sering memilih produk-produk yang sedang “panas” dan “hangat” di pasaran. Mereka memilih produk untuk dipromosikan sebagai affiliate tanpa terfikir sama ada produk tersebut sesuai untuk mereka ataupun tidak. Ini bukanlah satu langkah yang bijak!
Adalah lebih baik sekiranya anda memilih produk-produk untuk dipromosikan berdasarkan minat dan citarasa anda. Di dalam sebarang kejayaan di dalam pemasaran
melalui internet, perlu ada masa yang diluangkan untuk merancang dan menghasilkan pelan tindakan untuk mencapai objektif anda.
Pilihlah produk yang bermakna buat diri anda. Setelah itu, lakukan kajian untuk menentukan sama ada produk tersebut mendapat permintaan ramai. Mempromosikan
produk yang bersesuaian dengan citarasa anda adalah lebih mudah berbanding dengan mempromosikan sebarang produk tanpa minat yang mendalam dari anda.
Kesilapan #2: Menyertai terlalu banyak program affiliate
Memandangkan program-program affiliate adalah mudah untuk disertai, anda mungkin akan tertarik untuk menyertai pelbagai jenis program affiliate dengan harapan akan dapat memaksimakan keuntungan yang bakal anda perolehi. Lagipun, sudah tentu yang anda terfikir bahawa anda tidak akan mendapat sebarang kerugian dengan menyertai kesemua program affiliate tersebut.
Memang benar, ia merupakan satu cara yang baik untuk menjana wang daripada pelbagai sumber. Namun demikian, anda tidak akan mampu memberikan konsentrasi yang sewajarnya untuk setiap produk sekiranya anda menyertai terlalu banyak program affiliate. Akibatnya, keuntungan besar yang anda harapkan tidak akan tercapai!
Cara terbaik adalah dengan menyertai satu program yang mampu memberikan anda komisen affiliate terbaik atau terbanyak. Sekurang-kurangnya komisen sebanyak 40% daripada harga produk adalah sesuai. Lebih tinggi, lebih baik. Seterusnya, berikan usaha terbaik anda untuk mempromosikan produk tersebut. Setelah anda menjana keuntungan yang baik daripada promosi produk tersebut, maka hanya selepas itulah anda boleh mempertimbangkan untuk menyertai program affiliate yang lain.
Kaedahnya di sini adalah untuk mempromosikan produk daripada program affiliate tersebut dengan perlahan dan penuh berdedikasi. Sekiranya anda melakukannya dengan betul, anda boleh menjana keuntungan daripada program affiliate tersebut dengan lebih banyak berbanding sekiranya anda menyertai pelbagai program affiliate.
Kesilapan #3: Tidak membeli produk atau menggunakan perkhidmatan
Sebagai seorang affiliate, tugas anda adalah untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda sertai dengan sebaik mungkin. Anda hanya boleh berbuat demikian sekiranya anda betul-betul memahami produk tersebut. Dengan pemahaman yang mendalam mengenai produk yang anda promosikan, anda akan dapat memberikan maklumat yang lebih menyakinkan kepada para pelanggan anda. Jika anda tidak pernah menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut, maka tidak mungkin anda akan dapat menghasilkan promosi yang betul-betul mampu menyakinkan orang lain.
Cuba gunakan sendiri produk atau perkhidmatan yang diberikan itu untuk mengetahui sama ada produk tersebut betul-betul boleh memberikan hasil seperti apa yang dikatakan oleh penjual tersebut. Jika anda dapat berbuat demikian, maka pelanggan anda akan dapat merasakan kejujuran anda di dalam mempromosikan produk tersebut kepada mereka dan ini akan menggalakkan mereka untuk membeli melalui anda.
Ramai peserta program affiliate yang melakukan kesalahan-kesalahan di atas dan telah menerima akibat buruk daripada kesilapan mereka. Janganlah jadi seperti mereka. Cuba elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan tersebut agar anda akan dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan di dalam program affiliate yang anda sertai.
Sekiranya anda ingin menyertai program affiliate yang memberikan komisen yang hebat dan pendidikan affiliate secara percuma, kunjungi laman web www.EruwanGerryAffiliates.com
3 Masalah Utama Sebagai Seorang Ahli Program Affiliate
Posted by
sendiri sahaja
Thursday, July 16, 2009
at
3:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment