Isteri lambat klimaks



Soalan

SAYA baru berkahwin semula selepas lama menduda. Menggunakan pengalaman silam, saya menjalin hubungan bersama isteri baru. Tetapi saya dapati isteri saya lambat klimaks hingga kadang kala kami kecewa. Apakah kita boleh dapati ubat mempercepatkan klimaks wanita di pasaran?

SETAKAT ini tidak ada lagi ubat di pasaran yang dapat membantu mempercepatkan klimaks seseorang wanita. Bagaimanapun, saudara boleh mencuba beberapa teknik yang boleh membantu seseorang wanita mencapai klimaks. Ini termasuk memanjangkan 'foreplay' di mana tumpuan perlu diberi kepada kawasan lain selain dari vagina, stimulasi manual klitoris samada dengan cara oral, jari atau bantuan alatan seperti vibrator.



Sekiranya masalah ini berlarutan dan membawa kepada ketegangan hubungan suami isteri, isteri saudara mungkin mempunyai masalah 'female sexual dysfunction' yang boleh berpunca dari sebab-sebab fizikal, hormonal atau psikologikal. Saudara perlu membawa isteri saudara berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut

0 comments: