Pengurusan Kewangan ( ASB)- Bah 1 ( Pengenalan)



DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA BAGI YANG MEMERLUKANNYA


Ini antara artikel menengenai ASB.


Melabur dalam ASB guna loan bank

sherrina dapat artikel ni dalam email:

Quote:
Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?
>
> Ini belum masuk lagi kadar BLR yg bank ada overnight polisi rate bagi
> menaikkan bila perlu!
>
> something to share!!!!
>
> Sebagai seorang akauntasi dlm dprt, ini pandangan
> saya...... kalo buleh bagi comment.....it makes sense...Cuba
anda
> fikir-fikirkan......
>
> Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
>
> Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri
> jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini.
> Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya
> sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
>
> Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan
> tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu.
> Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat
> keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
> dengan duit pinjaman bank).
>
> Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari
> Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank
> mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
> ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
>
> Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd
> anda.
> Contoh:
> Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap
> tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at
> the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang
> boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan
> sebagainya.
>
>
> Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
> ----------------------------------------------------
>
> Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,
> jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar
> semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda,
> loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
> bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
> (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg
> dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda
> terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan
> RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
>
> Untung atau rugi?
>
> Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan
> selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM
> 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8
> tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
> pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
>
> Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain
> membayar bulanan kpd loan
> ------------------------------------------------------
>
> Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%
> setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun
> adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk
> 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun =
> RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
>
> Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda
> perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos
> pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
>
> Untung pada mata kasar ==> RM 64,64
>
> Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan
> anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,
> anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan
> RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai
> pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,
> oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda
> kehilangan 'potential gain'.
>
> Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
> Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
> ----------------------------------------------------
> Kehilangan Keuntungan> RM 143,018
>
> Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
>
> Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM
> 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna
> mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang
> anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
> Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
> ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan,
> mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka
> ambil dari pelaburan anda.
>
> Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.
>
> Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit
> sendiri.
>
> Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap
> email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.
>
> Terima kasih.
mak sherrina kata dulu2 dia memang amik loan melabur ASB tapi masa tu dividen tinggi. memang berbaloi. la ni dividen tak secantik dulu.


Komen:

1. ASB MEMANG BAIK DAN MENDATANGKAN WANG.
2. ASB ADALAH UNTUK KITA BANGSA YANG MEMERLUKAN WANG

0 comments: